Tuesday, December 28, 2010

Peraduan Menulis Idolaku, Inspirasiku...

Dulu, masih segar di ingatan saya ada seorang guru meminta kami menyenaraikan siapakah yang menjadi idola yang menjadi pencetus inspirasi. Kata guru saya, selain daripada menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai idola kita sepanjang zaman, pasti ada sesiapa lagi yang menjadi penggerak semangat yang dikagumi dan namanya sentiasa terpahat di hati.

Dan pastinya ibu bapa juga turut menjadi pencetus inspirasi buat diri saya. Kata orang cinta pandang pertama memang layak dianugerahkan buat kedua ibu bapa kita sendiri. Sekilas mereka memandang bukanlah sekadar pandangan kosong tetapi itulah pandangan kasih sayang. Walau kita jatuh, tersungkur, rebah dan tidak betah berdiri lagi namun pasti kekuatan doa mereka mampu mengangkat kita semula. Saya meminjam kata-kata Asyraf di program Selami Jiwa bersama Dr. Fadzilah Kamsah, ada suatu benda yang itulah racun, itulah penawar. Katanya, doa ibubapa kerana dengan doanya kita akan berjaya dan dengan kata-kata tidak elok yang mungkin tidak sengaja terluah oleh mereka jika kita menyakitkan hati mereka akan membuatkan kita merana sepanjang hidup. Segala perbuatan yang kita lakukan di muka bumi tidak akan membuahkan hasil. Bahkan, tanaman juga tidak mahu subur jika kita menyakitkan hati ibu bapa.

Selain Rasulullah dan ibu bapa, para pendidik juga bertungkus lumus memastikan saya dan rakan-rakan dapat memperbaik diri dan menjadi pelajar cemerlang. Bukan kemasyhuran yang mereka cari, tetapi cukuplah agar kami akan berjaya dalam hidup dan menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Segala pengorbanan yang mereka lakukan semata-mata untuk melihat kami berjaya mencapai cita-cita sendiri. Keletihan mereka diabaikan demi memastikan pelajaran kami tidak tergendala. Pelajaran yang tidak difahami akan diulang-ulang sehinggalah mereka benar-benar yakin bahawa kami dapat menguasainya. Sepatutnyalah, si murid yang perlu berjumpa guru kerana tercicir dalam pelajaran, tetapi para pendidik kami pula sebaliknya kerana sanggup mencari anak-anak murid yang dirasakan ketinggalan agar dapat dididik lagi secara khas. Sehinggalah anak-anak murid yang ketinggalan berjaya kerana mereka itu rupa-rupanya merupakan sebutir mutiara yang perlu digilap agar dapat memantulkan kilauannya. Dan hanya para pendidik yang dengan lembut dan sabar mengajar dapat mengesan mutiara yang tersembunyi di dasar lautan.

Cinta akan tanah air membuatkan saya juga mencintai pemerintah negara. Jika diukur dari sudut usia, tempoh masa untuk saya benar-benar mengenali idola saya mungkinlah agak singkat. Walau bagaimanapun, kehadiran beliau yang sekejap itu telah memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran dan diri saya. Kehadiran beliau, iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad sungguh mempengaruhi kehidupan saya. Beliau memulakan tugas pada tahun 1981 yang ketika itu saya belum dilahirkan malahan ibubapa saya juga belum berkahwin.

Semasa saya berusia 11 tahun iaitu pada tahun 2003, Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ketika itu, saya tidak dapat membendung kesedihan sendiri. Entah mengapa, air mata turut mengalir dengan laju kerana saya mahu beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri. Dalam usia 11 tahun, saya sebenarnya belum memahami secara jelas selok belok pemerintahan negara. Namun begitu, saya rasakan Tun Mahathir sangat dekat di hati walaupun belum pernah bertemu dengan beliau. Bagi saya beliau menaburkan banyak jasa kepada negara ini. Walaupun kadang-kadang terdapat segelintir yang tidak menyokong namun beliau tetap meneruskan perjuangan. Kehidupan saya di bawah pemerintahan beliau cumalah 11 tahun sahaja tetapi dalam tempoh itu saya sedar bahawa saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan yakin Malaysia setaraf negara maju menjelang 2020. 



Terima kasih kat kak Hanis Azla yang memperkenalkan aku dengan peraduan Menulis Idolaku, Inspirasiku. Hehe. Peraduan yang menarik ni anjuran Cik Latifah. Boleh rujuk di blog Cik Latifah untuk syarat-syaratnya. 

Jadi aku pun nak ajak kawan-kawan join jugak ye kalau ada masa lebih tu. Hehe. Aku ajak Safuan, Solihin dan Beyla untuk turut sama berkongsi mengenai idola mereka.

:-)

Monday, December 27, 2010

Your Url Story Contest

Kisah disebalik nama. Hehe. Pelbagai kisah sebenarnya dapat dirungkai melalui nama. Daya kreativiti dan imaginasi digaul serta diolah dengan begitu indah lantas menghasilkan bermacam-macam jenis nama di URL blog-blog kita kan. Pasti setiap URL membawa ceritanya sendiri. Unik dan bermakna. Hehe. Tambah-tambah pulak URL ni diibaratkan seperti alamat ke 'rumah' kita sebagai blogger. Di alam maya ni blog kita tu ibarat rumah la kot kan... x-D

Jadi aku pun nak berkongsi kisah disebalik URL aku ni...Haha..Terima Kasih buat Cik Mryna yg perkenalkan saya dengan contest menarik anjuran Cik Merazati ni..Hehe :-D

KLIK untuk syarat-syarat

URL  : www.kayunkayun.blogspot.com

Sebenarnya aku ambil masa yang lama sebelum bersungguh-sungguh nak memulakan blog ni. Adalah dalam dua tiga bulan jugak fikir sama ada nak buat betul-betuk ke tidak. Solihin ataupun nama glemer Yui kat dunia blog ni dengan Safuan lah antara orang terawal yang aku tanya cara-cara nak mulakan blog ni. Hehe. Jadi, aku pun dalam dilema sama ada mahu buat blog ke tidak tetapi sebenarnya kalau aku betul-betul nak mulakan pun aku dah simpan nama 'kayunkayun' tu...Hahax. Nama friendster aku dulu kayunkayun jugak. Sebabnya, aku nak buat URL tu nanti dekat dengan nama aku jugak. Bila aku nak letak kayun, mungkin pendek sangat bagi aku rasanya. Oleh sebab itu, aku menggandakan perkataan kayun tu. Salah satu sebabnya sebab time tu ada kumpulan Dewi Dewi kan yang melantunkan lagu Dokter Cinta tu. Aku sendiri rasa macam Dewi Dewi tu bunyinya comel sebab perkataan 'dewi' diulang sebanyak dua kali. Hehe. Lepas tu ada pulak The Lucky Laki kan...Walaupun ejaan tak sama tetapi masih mengekalkan bunyi yang sama. So, aku pun nak mewujudkan sesuatu yang dapat disebut sebanyak dua kali. Sebab katanya, berdua lebih baik kot? :-P

    Jadi aku pun mau ajak geng lain join pulak contest ni ya. Aku ajak Jiji dan Bulan untuk turut sama join ya.

:-)