Tuesday, December 28, 2010

Peraduan Menulis Idolaku, Inspirasiku...

Dulu, masih segar di ingatan saya ada seorang guru meminta kami menyenaraikan siapakah yang menjadi idola yang menjadi pencetus inspirasi. Kata guru saya, selain daripada menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai idola kita sepanjang zaman, pasti ada sesiapa lagi yang menjadi penggerak semangat yang dikagumi dan namanya sentiasa terpahat di hati.

Dan pastinya ibu bapa juga turut menjadi pencetus inspirasi buat diri saya. Kata orang cinta pandang pertama memang layak dianugerahkan buat kedua ibu bapa kita sendiri. Sekilas mereka memandang bukanlah sekadar pandangan kosong tetapi itulah pandangan kasih sayang. Walau kita jatuh, tersungkur, rebah dan tidak betah berdiri lagi namun pasti kekuatan doa mereka mampu mengangkat kita semula. Saya meminjam kata-kata Asyraf di program Selami Jiwa bersama Dr. Fadzilah Kamsah, ada suatu benda yang itulah racun, itulah penawar. Katanya, doa ibubapa kerana dengan doanya kita akan berjaya dan dengan kata-kata tidak elok yang mungkin tidak sengaja terluah oleh mereka jika kita menyakitkan hati mereka akan membuatkan kita merana sepanjang hidup. Segala perbuatan yang kita lakukan di muka bumi tidak akan membuahkan hasil. Bahkan, tanaman juga tidak mahu subur jika kita menyakitkan hati ibu bapa.

Selain Rasulullah dan ibu bapa, para pendidik juga bertungkus lumus memastikan saya dan rakan-rakan dapat memperbaik diri dan menjadi pelajar cemerlang. Bukan kemasyhuran yang mereka cari, tetapi cukuplah agar kami akan berjaya dalam hidup dan menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Segala pengorbanan yang mereka lakukan semata-mata untuk melihat kami berjaya mencapai cita-cita sendiri. Keletihan mereka diabaikan demi memastikan pelajaran kami tidak tergendala. Pelajaran yang tidak difahami akan diulang-ulang sehinggalah mereka benar-benar yakin bahawa kami dapat menguasainya. Sepatutnyalah, si murid yang perlu berjumpa guru kerana tercicir dalam pelajaran, tetapi para pendidik kami pula sebaliknya kerana sanggup mencari anak-anak murid yang dirasakan ketinggalan agar dapat dididik lagi secara khas. Sehinggalah anak-anak murid yang ketinggalan berjaya kerana mereka itu rupa-rupanya merupakan sebutir mutiara yang perlu digilap agar dapat memantulkan kilauannya. Dan hanya para pendidik yang dengan lembut dan sabar mengajar dapat mengesan mutiara yang tersembunyi di dasar lautan.

Cinta akan tanah air membuatkan saya juga mencintai pemerintah negara. Jika diukur dari sudut usia, tempoh masa untuk saya benar-benar mengenali idola saya mungkinlah agak singkat. Walau bagaimanapun, kehadiran beliau yang sekejap itu telah memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran dan diri saya. Kehadiran beliau, iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad sungguh mempengaruhi kehidupan saya. Beliau memulakan tugas pada tahun 1981 yang ketika itu saya belum dilahirkan malahan ibubapa saya juga belum berkahwin.

Semasa saya berusia 11 tahun iaitu pada tahun 2003, Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ketika itu, saya tidak dapat membendung kesedihan sendiri. Entah mengapa, air mata turut mengalir dengan laju kerana saya mahu beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri. Dalam usia 11 tahun, saya sebenarnya belum memahami secara jelas selok belok pemerintahan negara. Namun begitu, saya rasakan Tun Mahathir sangat dekat di hati walaupun belum pernah bertemu dengan beliau. Bagi saya beliau menaburkan banyak jasa kepada negara ini. Walaupun kadang-kadang terdapat segelintir yang tidak menyokong namun beliau tetap meneruskan perjuangan. Kehidupan saya di bawah pemerintahan beliau cumalah 11 tahun sahaja tetapi dalam tempoh itu saya sedar bahawa saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan yakin Malaysia setaraf negara maju menjelang 2020. 



Terima kasih kat kak Hanis Azla yang memperkenalkan aku dengan peraduan Menulis Idolaku, Inspirasiku. Hehe. Peraduan yang menarik ni anjuran Cik Latifah. Boleh rujuk di blog Cik Latifah untuk syarat-syaratnya. 

Jadi aku pun nak ajak kawan-kawan join jugak ye kalau ada masa lebih tu. Hehe. Aku ajak Safuan, Solihin dan Beyla untuk turut sama berkongsi mengenai idola mereka.

:-)

8 comments:

Latifah said...

ziarah tuan rumah sambil baca entri contest.

=)

Kayun said...

hehe..lepas tak syarat nak join contest cik latifah tu..hehe :)

Hanis Azla said...

wah.. menarik ni kayun.. akak suka cara dan penulisan kayun.. all the best yer sis..

Kayun said...

hehe..saya pun taktau apa yg saya tulis sebenarnya..haha..ikut sedap sendiri ja..mekasih akak suka..haha..akak pn good luck jugak,,gaya penulisan akak pun saya suka sgt :D

suffiakmal said...

kayun~ hebat duh !

Unknown said...

salam..tahniah, anda ditag di

http://anaraudhah.blogspot.com/2010/12/5-award-from-dya-cayang.html

Unamn said...

idola una pulak... thomas edison..;)

Kayun said...

suffi: haha, tak dak aih..ni kalau cikgu ipin tgk msti ada byk kesalahn yg aku buat gak..ckgu ipin hebat..hehe

k.raudhah: oohhh..tima kasih yeee..hehe..suka..

una: betui2..suka gak..hehe..walau beliau gagal byk kali pun, tapi tetap bersemangat smpai berjaya kan..semangat tu kita kena ambil..hehe xD